Most Viewed

ramadhan menjelang lagi.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)
teragak-agak untuk menaip entri baru. tapi digagahkan juga diri untuk taip (macam la kena guna banyak energy) sebab, dalam kepala otak ada banyak benda aku fikirkan. somehow i have to let them out, kan? ingatkan diri sendiri sambil share dengan kawan-kawan.

malam semalam, sudah diumumkan bahawa hari ini bermulanya bulan ramadhan. bulan berpuasa. dan seperti yang sedia maklum, berpuasa merupakan rukun ketiga dalam rukun islam kita. ingatkah lagi kita dengan rukun-rukun islam?

p u a s a

adakah sekadar menahan lapar dan dahaga dan perkara lain yang membatalkan puasa? sudah tentu tidak. ustazahku di sekolah pernah memesan kepada kami, masa puasa kita kena puasa dalam segala-galanya.

puasa mulut bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. tidak menipu, gurau senda yang melampau, mengadu domba, mengumpat, ataupun bertengkar.

sebaik-baik kurangkan berkata-kata dan lebihkan zikir.

puasa mata - jaga penglihatan kita. jangan ditengok benda yang bukan-bukan. jangan ditenung lelaki hensem atau wanita cantik. ingat, pandangan pertama adalah untuk kita kenal pasti siapakah mereka. tapi takde la sampai nak tenung diorang, ye tak? of cos, pandangan kedua and seterusnya adalah pandangan syaitan. elakkan menonton filem ataupun series, mana lah tahu ada benda yang tak sepatutnya tengok.

puasa telinga - elakkan mendengar lagu-lagu yang melalaikan. jangan dengar orang lain mencarut. sebab member non muslim manade puasa. tapi ada certain member yang memahami, alhamdulillah.

puasa anggota-anggota badan - jaga anggota badan khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang. aku tahu semua boleh fikir benda ni dengan logik.

jangan melakukan benda-benda yang lagha (melalaikan)

dan yang paling penting, bulan ini kita mendapat untuk upgrade iman kita.

upgradekan kesabaran kita. jangan marah-marah~ inhale and exhale. kalau boleh, jangan terlintas niat untuk marah-marah dalam hati sekalipun.

melakukan solat sunat. bukan tarawih & witir sahaja. ada solat-solat sunat yang lain boleh kita lakukan. dan jika kita terkejar-kejar melakukan solat sunat, jangan pula ditinggalkan solat yang fardhu.

solat tarawih, jangan lakukan quantiti instead of quality. ;)

jangan lupa sahur! sahur bukan je penting untuk perut tapi memang dituntut. ditegaskan oleh Rasulullah untuk bersahur. iA akan diberi pahala kepada yang bersahur. ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud lebih kurang gini "perbezaan puasa kita dan puasa ahli kitab ialah sahur". sebaik-baiknya melewatkan sahur. :)

dan segerakan berbuka - rasanya ni takde masalah :p tapi ada rasanya yang suka solat maghrib dulu baru nak "concentrate" makan. >> saya macam ni lah dulu -.- lepas tu tak buat dah, sebab at least berbuka sedikit sebelum solat. :)

apa lagi ye? saya tak ingat lah. apa-apa pun, kita mahukan QUALITY ibadah kita, bukannya quantity. remember, everything is lillahi ta'ala.

oh ye, jangan pula ibadah-ibadah kita berakhir apabila berakhirnya bulan ramadhan. moga-moga ianya berterusan. takkan nak beribadah time ramadhan je dan bermaafan time syawal je? bulan-bulan lain jeles la nanti. (;

harap-harap ramadhan ini adalah lebih baik dari sebelumnya.

this is, none other than a reminder for myself, and at the same time, a reminder for all muslims out there. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.


selamat menyambut ramadhan al-mubarak.


No comments: