Most Viewed

Fidyah, oh Fidyah

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

Fidyah -- macam nama orang je kan?

Tahukah anda apa itu fidyah? Rasa macam pernah belajar untuk SPM dulu. Haha. Memang pun!

Aku kena bayar fidyah tahun ni. Tahniah kepada aku. -_-

Kenapa kena bayar? Ehem, macam tak tahu. Disebabkan tak habis ganti lagi puasa Ramadhan lepas, dan sekarang ni dah Ramadhan baru, aku diwajibkan bayar fidyah.

Mama : Tu lah, kenapa tak ganti awal-awal macam mama. Kan dah kena bayar...
Me : Bukan tak nak ganti, awal-awal dulu puasa dah, tapi jadi puasa sunat sebab dah lepas subuh baru nak niat. Kan kalau qada' puasa kena niat sebelum subuh / malam sebelum tu macam puasa Ramadhan.
Mama : Laa. (aku tahu mak aku dah speechless dah dengar cerita aku)

Hahaha

Seriously. Banyak puasa aku dulu jadi puasa sunat. Tersangatlah rugi, kan? Aku selalu terlupa nak puasa the next day, till dah lepas subuh, or pagi-pagi nak pergi kelas. Ye lah kan, sesetengah orang cakap niat tak semestinya melafazkan "Sahaja aku berpuasa esok hari, blablablabla", cukup sekadar "hmm, esok aku nak ganti puasa hari tu la. lillahita'ala". Dah aku jenis pelupa, memang tu pun aku tak teringat nak buat. Dah pagi nak pergi kelas baru lah sedar, terkedek-kedek nak niat.

Kawan : Tak payahlah nak kejarkan sangat puasa sunat, habiskan yang wajib dulu (which is qada' puasa)

T.T

Dah lah dengan dugaan winter yang malamnya panjang, dengan summer yang siangnya panjang.

Nasi sudah menjadi bubur.

Lepas ni aku mesti ganti sebelum Muharram tiba!

Info sikit :
Fidyah dibayar ikut harga secupak beras. Ada beberapa jenis beras, ada yang mahal sikit (sikit je, beza beberapa sen je) Ikut korang lah nak pilih nak beras jenis apa. Lepas tu darab dengan jumlah hari anda tertinggal. Kalau 4 hari, bayaran darab 4 lah. Lepas bayar fidyah diwajibkan qada' puasa tu jugak. Kalau 4 hari, ganti puasa 4 hari. So. Kalau kumpul bebanyak, kena qada' jugak, kena bayar jugak. Aku serik dah ni.

Tapi ni kes macam aku lah, tak habis ganti puasa Ramadhan lepas, Ramadhan yang ni dah tiba. Kalau kes lain, kena refer dekat Jabatan Agama untuk keterangan lebih jelas. Call je diorang. Tanya je. Kalau dorang tak boleh jawab dia akan suruh orang lain jawab, so kena tunggu la kat telefon tu. Jangan give up, haha.

Adoi.

Mudah-mudahan Allah mengampuni kesilapan kita.

Jangan jadi macam aku. Sekian.







No comments: