Most Viewed

ramadhan menjelang lagi.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)
teragak-agak untuk menaip entri baru. tapi digagahkan juga diri untuk taip (macam la kena guna banyak energy) sebab, dalam kepala otak ada banyak benda aku fikirkan. somehow i have to let them out, kan? ingatkan diri sendiri sambil share dengan kawan-kawan.

malam semalam, sudah diumumkan bahawa hari ini bermulanya bulan ramadhan. bulan berpuasa. dan seperti yang sedia maklum, berpuasa merupakan rukun ketiga dalam rukun islam kita. ingatkah lagi kita dengan rukun-rukun islam?

p u a s a

adakah sekadar menahan lapar dan dahaga dan perkara lain yang membatalkan puasa? sudah tentu tidak. ustazahku di sekolah pernah memesan kepada kami, masa puasa kita kena puasa dalam segala-galanya.

puasa mulut bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. tidak menipu, gurau senda yang melampau, mengadu domba, mengumpat, ataupun bertengkar.

sebaik-baik kurangkan berkata-kata dan lebihkan zikir.

puasa mata - jaga penglihatan kita. jangan ditengok benda yang bukan-bukan. jangan ditenung lelaki hensem atau wanita cantik. ingat, pandangan pertama adalah untuk kita kenal pasti siapakah mereka. tapi takde la sampai nak tenung diorang, ye tak? of cos, pandangan kedua and seterusnya adalah pandangan syaitan. elakkan menonton filem ataupun series, mana lah tahu ada benda yang tak sepatutnya tengok.

puasa telinga - elakkan mendengar lagu-lagu yang melalaikan. jangan dengar orang lain mencarut. sebab member non muslim manade puasa. tapi ada certain member yang memahami, alhamdulillah.

puasa anggota-anggota badan - jaga anggota badan khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang. aku tahu semua boleh fikir benda ni dengan logik.

jangan melakukan benda-benda yang lagha (melalaikan)

dan yang paling penting, bulan ini kita mendapat untuk upgrade iman kita.

upgradekan kesabaran kita. jangan marah-marah~ inhale and exhale. kalau boleh, jangan terlintas niat untuk marah-marah dalam hati sekalipun.

melakukan solat sunat. bukan tarawih & witir sahaja. ada solat-solat sunat yang lain boleh kita lakukan. dan jika kita terkejar-kejar melakukan solat sunat, jangan pula ditinggalkan solat yang fardhu.

solat tarawih, jangan lakukan quantiti instead of quality. ;)

jangan lupa sahur! sahur bukan je penting untuk perut tapi memang dituntut. ditegaskan oleh Rasulullah untuk bersahur. iA akan diberi pahala kepada yang bersahur. ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud lebih kurang gini "perbezaan puasa kita dan puasa ahli kitab ialah sahur". sebaik-baiknya melewatkan sahur. :)

dan segerakan berbuka - rasanya ni takde masalah :p tapi ada rasanya yang suka solat maghrib dulu baru nak "concentrate" makan. >> saya macam ni lah dulu -.- lepas tu tak buat dah, sebab at least berbuka sedikit sebelum solat. :)

apa lagi ye? saya tak ingat lah. apa-apa pun, kita mahukan QUALITY ibadah kita, bukannya quantity. remember, everything is lillahi ta'ala.

oh ye, jangan pula ibadah-ibadah kita berakhir apabila berakhirnya bulan ramadhan. moga-moga ianya berterusan. takkan nak beribadah time ramadhan je dan bermaafan time syawal je? bulan-bulan lain jeles la nanti. (;

harap-harap ramadhan ini adalah lebih baik dari sebelumnya.

this is, none other than a reminder for myself, and at the same time, a reminder for all muslims out there. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.


selamat menyambut ramadhan al-mubarak.


si setan

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

salam 2 malaysia. (gelak dengan joke sendiri)

mari-mari. aku nak rant pasal chenta lagi. hiahiahihaiha.

kenapa aku cakap you're not in love when you claimed you're in love with someone who doesn't love you back? sebab kau memang not in love. kau boleh bagi aku simptom-simptom dan tanda-tanda orang in love and aku still dalam hujahku, IT'S NOT LOVE.

kata-kata sumbang, "kau apa tau. kau pernah ke bercinta? kau couple pun tak pernah."

and you know what, alhamdulillah aku tak pernah. sebab bercouple hanyalah menambahkan dosa yang sedia ada. tapi aku tau asal usul perasaan cintan cintun ni.

dalam Al-Quran, ada ditulis tentang pasangan. setiap orang diciptakan pasangannya. and lebih kurang it's meant to complete each other.

tapi, bukan bermaksud kau kena bercintan cintun lebih-lebih. seperti post aku sebelum ni, lahirnya perasaan cinta yang sejati, adalah cinta kepada seseorang kerana Allah. bila kau tengok dia, kau ingat Allah, kau syukur yang kau diciptakan, kau turut mengagungkan ciptaan Allah. dan sebaik-baik teman ialah teman yang mengingatkan kita kepada mati.

"tapi aku serious rasa aku jatuh cinta. setiap kali aku tengok dia, aku rasa sangat tenang.."

that's my dear, the work of satan.

tahukah anda, satan berbakat, haaa, berbakat dia ni. bakatnya ialah menghiaskan perkara-perkara buruk. contohnya, bergaul bebas adalah perkara yang sangat buruk, sangat hodoh dan haram. tapi satan boleh edit baik punya, sampai nampak semua ni indah. pegang tangan bf indah, peluk-peluk indah, kissing pun indah. tapi hakikatnya TIDAK.

tell me, siapa yang dapat tahu bila masa setan berbisik kepadanya?

aku bagi contoh paling simple. bangun subuh.

time nak bangun subuh punya la susah. alarm dah bunyi. kau fikir, "ala, baru pkul 6, ada 1 jam lagi. tidur kejap". alarm bunyi lagi "hmm baru 6.30, lelap kejap lagi" alarm bunyi dan bunyi! "ALLAH ! dah pukul 7. mati la aku terbabas subuh!"

kau agak suara siapa la yang cakap "tidur kejap" dan "lelap kejap" tu. tu bisikan setan tu. tapi kau dengar macam suara sendiri kan? mcm sendiri yang merelakan tapi bila betul- betul sedar, which is too late, kau menyesal.

jadi segala benda yang tak baik tapi kau rasa FUN, BEST, AWESOME tu, adalah hiasan yang diedit oleh si setan ni. dia tak payah guna software apa-apa pun nak edit. jap, itu wallahualam, aku tak tau dia guna apa bagi edit-edit ni. tapi yang pasti, dia edit la.

dia juga memberikan kita pandangan yang serong. sampai sesetengah fikir, pergi ceramah agama = tak cool. pergi concert katy perry= sangat cool. okay ni pun sebahagian propaganda yang sedang berleluasa. orang fikir benda buruk = cool. benda baik = tak cool.

who defines the word cool anyway? it's yourself.

kawan-kawan. hakikatnya, hati semua orang bersih. suci. tapi kita sendiri mencemarkannya dengan buat benda-benda tak elok. at one point, you will think benda tak elok tu benda biasa sebab dah selalu buat.

kenapa aku cakap couple-couple haram, dating tu haram?

dating tu antara 2 pihak je, lelaki dan perempuan. dan selalunya bila ada seorang lelaki dan seorang perempuan duduk berdua, akan datang pihak ketiga. aku bukannya cakap pasal perempuan lain ke apa. pihak ketika tu si setan la. apa lagi. then dia pun ayat korang dua baik punya, mengindahkan perkara yang buruk, sampaikan korang dua terjebak dalam maksiat. terus jatuh haram.

couple-couple pun sama je. couple mesti dating kan? aah. sama la hukum

"macamana aku nak kahwin nanti kalau aku tak couple sekarang. nanti aku takde experience.."

kau nak experience apa? tak payah. banyak sangat experience nanti kau tak boleh handle dengan kekasih sorang. hahaha.

aku tahu ramai kawan-kawan aku yang berchenta-chentun ni. aku tulis semua ni untuk korang.

"kau jealous sebab bf aku hot"

ya Allah aku tak jealous la. kalau boleh aku nak cakap : ambik la bf kau aku tak mau pun. tapi aku tulis semua ni untuk korang baca, dan mungkin ada sedikit kesedaran. sebab aku tau kadang-kadang kita tak tahu certain things kan. sebab benda ni tak diterapkan sejak kecik. ada ke kecik2 pandai kiss anak orang? pengaruh barat habis la. semua jadi kebiasaan.

kau tau tak perasaan aku pergi shopping mall dan witness semua ni? aku sakit hati. sakit yang teramat. sebab aku rasa kalau aku tak cakap, siapa nak cakap? aku dah terangkan. pada yang tak puas hati, sila tinggalkan comment ataupun contact je aku. tak payah cakap belakang, kau cakap je dengan aku. aku takde hal.

"eleh, kau tipu. aku tau kau jealous sebab kau tak pernah rasa nikmat cinta"

...... takde maknanya nikmat cinta. nikmat cinta hanya pada Allah. tak mau aku rasa nikmat yang haram.

dan aku admit, aku bukannya sempurna. aku masih ada cacat cela, siapalah aku nak berhujah lebih-lebih tapi, kalau aku nak tunggu aku perfect, time tu mungkin aku dah terlalu lewat untuk berhujah dan tak sempat nak mengingatkan kawan-kawan.

lagi-lagi dekat bulan puasa ni. siapa betul-betul percaya setan kena ikat time puasa? mungkin setan yang freelance kena la ikat. tapi kalau setan tu dah sebati dengan diri kita, takkan kita kena ikat kot? jadi dia stay je la dalam diri kita. jadi, suppress syaitan dengan mengupgradekan iman. insyaAllah, you'll find a way.

menjadi kejam seketika.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

SALAM 1 MALAYSIA << i've always wanted to say that. and now that i did, HAHAH lawak deh.

anyway. aku tak puas hati. sebab. ntah. just tak puas hati. i've been reading blogs and aaaaaaaaah tak puas hati !! bukannya apa. sebab kawan-kawan blogger aku yang meluahkan perasaan diorang, dan aku rasa, benda tu kici punya hal, tapi jadi benda besar sebab benda tu diperbesarkan. walaupun takde kena mengena dengan myself, aku tetap rasa tak puas hati.

okay, sebagai teenager, atau to be exact, teenage girls. these are the main things you blog about.

1) how sucks your life is.
"today my mom shouted at me and took the remote control away. omagad! so annoying and tiba-tiba je hi-jack remote control tv tu apahal? menopausal ke? eeee. i nak tengok cerita gossip girl pun tak dapat. dah la season finale!!! EEEE FML"

girl, it's just a tv show. you won't die if you didn't get to see an episode of it. and heck, i think your life would be better without a show like gossip girl cos it's a CRAP show. and to kutuk your momma like that? it's a no no. God's watching ya!

2) how your friends hurt you
"ada ke patut dia tak ajak aku gerak ou sekali. wadahek. aku kalau keluar ajak dia. EVERYTIME!!! *toot *toot* betul mamat ni. geram aku. lain kali jangan harap aku nak ajak kau. pergi mati la kau. ingat kau bagus sangat. ingat kereta kau gempak sangat? pfft"

.... okay, memang terasa sebab tak diajak. tapi mesti ada reason sebab dia tak ajak. mungkin kau ni annoying? kau selalu pau dia time bayar lunch? atau whatever reasons lah. kalau orang suka kau confirm dia akan ajak kau keluar sekali. kalau kau perangai buruk, siapa nak lepak dengan kau, brader??

3) how you saw your crush today
"hari nampak dia :))))) dia sangat hensem aaaaaaaaaaa. kiutttt. and he smiled and said hi. omagad cair. i kept looking at him. ok best day in this week~~"

*MUNTAH* believe it or not, for me to tulis ayat-ayat diatas tersebut memerlukan guts yang banyak sebab aku GELI. nampak je dah cair. kalau cakap-cakap dengan mamat tu ntah kau dah tak bernafas dah kot? ha ha.

4) how you are in love with someone you're not supposed to be in love with
"sigh, aku nampak dia dari jauh je. pilu. aku tak tau nak buat macamana dah. he's all i've been thinking about. dia pulak buat bodoh je. kau tau tak aku terseksa!! and stop hanging out with that ugly b***** !! aaaa. jeles :((( im in love with you la bodoh"

where do i even start? he's not meant for you so MOVE ON. it's hard? try doing it, then you'd know it's possible or not. gila ke apa kesian kat laki tu kena maki sebab kau yang beriya-iya suka kat dia. and jangan cakap you're in love. cos you're not!

nanti aku post kenapa it's not love. ni satu topic yang panjang. haha.

5) things at school
"aku benci betul cikgu bm tu. apahal selalu attack aku ni? aku buat kot homework kau semua. yang si X tu tak buat langsung kau tak nak attack? eee benci."

hahahaha. cikgu nak mengajar pun salah. ntah la. all i can say is, one day you'll thank her for being like that cos if not you wouldn't be studying.

6) for the ones ada gf/bf
"it's our 7 weekaniversary today. i love you sayang. you're my only one, baby. rindu hugs and kisses from sayang :( nanti kita celebrate okay hubby sayang"

MAK AIH GELI GABAN. maaf, aku allergic benda-benda ni. sejak bila pulak kau kahwin dengan mamat tu? aku rasa ramai orang melayu ni tak sedar yang dating tu haram, dan couple-couple before marriage tu haram.

akanku elaborate issue ni lagi.

7) the must have words in blogs
F***
S***
C****
L*****
babi < the only word aku mampu taip sebab dia binatang.

konklusi? aku pun pernah lalui zaman muda-mudi teenager ni. jadi aku tau la sikit-sikit. aku mengaku, aku pun ada entry pasal tak puas hati dengan kawan-kawan, benda yang terjadi kat sekolah and etc. tapi aku takde la sampai mencarut setiap ayat.

contohnya :
"F*** bodoh gila minah ni aku dah cakap jangan kacau babi l***** setan sial."

apa kau dapat dari mencarut ni? puas ke hati? aku rasa lagi kau sakit hati ada la.

dan aku, alhamdulillah sedar akan perangai buruk tu so aku stop. aku kalau boleh nak sedarkan orang ramai jugak tapi nampaknya orang ramai lagi suka berperangai buruk, mungkin dia ingat macam tu cool kot. aku pun confuse.

sudah-sudah lah tu. sedar la wahai kawan-kawan.

aku tengok malaysia ni future dia tak cerah sebab pemuda pemudi perangai macam ni. orang kata, nak predict future negara kena tengok belia-belia. belia sekarang pun ke arah kehancuran. apa nak jadi wehhhh?

masa.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

salam.

aku rasa aku kesuntukan masa.
nak beli barang, settlekan sijil, post barang.
aku tak sempat nak jumpa dengan kawan-kawan. kalau ada masa, jumpalah, iA.
sebab aku plan punyalah baik, hari ni buat ini dan itu, tapi akhirnya, rasa tak sempat juga. next wednesday dah mula puasa. which is really great, aku excited. :) dan sabtu depan ni aku menghilang seketika, harap maklum.


there's one thing that always lingers in my mind. sifat aku yang suka judge orang. aku rasa aku terlalu judgemental. aku cuba suppress perasaan ni tapi dia tetapi terlintas dalam kepala. aku rasa the root of the problem is hati aku. kalau hati aku tak judgemental, takde lah dia sampai kat otak aku kan? haih. moga-moga aku dapat suppress perasaan ni dengan jayanya.


sekarang tengah tengok cerita tv3. cerekarama tu. crap juga la in sense of lifestyle modern, datin-datin konon. ada sugar mummy and all. tapi acceptable sebab dia nak tunjuk keburukan berbomoh-pawang ni. jadi aku layan. kalau cerita macam akarasia, hotel mania, ntah apa-apa title dia, wasalam lah okay. banyak cerita merepek. ikutkan style barat sangat. hish. buruk betul.

sayang.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

nak share satu cebisan daripada satu cerita yang aku dapat dari blog akhwat. cukup menarik.

---------------

Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak,
"Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab,
"dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."
Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?"
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.."
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. "
mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas,
"Tak faham.."
Mak menyambung
"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah, Siapakah jodohnya itu?"
mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya."
emak berhenti seketika..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

---------------

renung-renungkanlah.