istighfar banyak-banyak sikit.
gelak dah banyak sangat tu.
gelak sakan, duduk menghadap Facebook macam apa je.
dah terlalu entertaining dah orang-orang kat sana.
taip suka-suka hati. cakap tak fikir. fakta ntah ke mana. dunia oh dunia.
tapi teruk gila kot, sebab duk gelakkan diorang.
jadi -- istighfar.
*senyum*
terjumpa cebisan nota bertarikh 2009 dulu.
waktu mula-mula datang sini.
serius, tak pernah bayangkan aku berada pada tahun 2013 dengan keadaan macam ni.
banyak; sangat banyak nikmat Tuhanku berikan.
hadiah tarbiyyah dariNya buat aku di bumi soviet.
belajar untuk merangkak dan bertatih semula.
sehinggakan orang-orang yang aku berkawan dulu waktu mula-mula datang sini dan kawan-kawan aku sekarang -- bagaikan langit dan bumi bezanya.
sebab aku dah merasai kemanisan berkawan keranaNya --
bukan kerana kami sukakan muzik yang sama
bukan kerana kami sekelas
bukan kerana dunialah senang cerita
tapi kemanisan berkawan kerana sama-sama cuba mencari redhaNya
tak ramai -- serius tak ramai kat sini yang faham tu.
salah; tak ramai kat dunia ni yang faham tu.
tapi biasalah, bila down, mula lah diri buat apa benda ntah
sampai bila dah waras semula, fikir balik dan berkata
"apa bodoh ke aku ni buat benda macam tu? *gelak*"
tarik nafas -- tahan -- hembus!
jangan dambakan pada benda yang tak manfaatkan iman. walaupun keinginan tu membuak-buak.
kena ingat tu, wahai diri.
nanti menyesal.
No comments:
Post a Comment