Most Viewed

Ayahku (Part IV)

After mama rushed back home in Saffron, she saw ayah almost out of breath. He was supposed to be in the hospital but he insisted to go back home.  Mama was worried. 

"Terima kasih sebab jaga anak-anak dengan baik, ma"

"Laa. Anak you anak I juga. Kita jaga sama-sama, kan?"

"Nanti you jangan duduk sini tau. You balik duduk dengan Charlie. Dia akan jaga you. Dia anak yang baik."

"Kenapa you tak nak duduk dengan I dah ke?"

"I nak balik.."

"You nak balik mana? I nak ikut."

"Tak boleh ma, I balik dulu."


And not too long later, he took his last breath, in her arms.

Ayahku (Part III)

I went to Moscow for New Years holiday with bunch of friends. 

Just when I reached Kursk, that very morning, ayah texted personally using his mobile number. 

Ayah rarely text me directly using his malaysian number. Usually we contact each other via whatsapp, or line. And it's not that often compared to other kids. Huhu. 

"Salam dik. How are you? Dah balik Kursk?"

As soon as I got into my room, I replied him via whatsapp, telling him how I just go back from Moscow, sent him a pic of us in Moscow and talked for a while. It was noon in Malaysia at that time. 

Lastly he said, "skrg otw nk gi wedding anak kawan nama di UM."

"Oh okay. Kirim salam mama. Adik nak tido, hahah. Mengantuk lagi, tak puas tido dalam tren. Nanti kita sembang lagi ehh. Byee ayah. Salamualaikum. 

Love youu 😘"

***

And the next day, late evening in Kursk. Abang texted, "call me back asap". 

And the rest you can read in the previous post "it was time".


Ayahku (Part II)

Sebulan selepas aku tiba di Russia; tiba-tiba dapat mesej dari abang. 


Bukanlah cyst pun, lymph nodes ayah bengkak sebenarnya. Lepas buat test, diorang suspect lymphoma. Kanser darah. Nothing serious. He was on treatment and I was certain he was in good hands. 


20th Nov 2013; 
"Apa cerita rumah?" I asked lightly. 
"Rumah? Kenapa" Abang tak faham. 

"Ntah? I mean orang semua okay ke apa"

"Melor tengah batuk/selsema/demam.  Recovering"

"Kesiannya"

"Ayah tengah go through chemotheraphy. :("

":("

"But we'll be alright. I'm worried about ayah je. What's your view about condition ayah?"

"Hmm he said the tumor is benign kan. And it's at early stage. With the right treatment insyaAllah okay. Risau juga about side effects laa."

":)"

"How's he doing?"

"He's okay"

"Buat apa dia pi jb?"

"Fetch new car"

"Jm7 plat ke?" 

"JPS 5657"

"Ambuii 5657. Nak juga nombor tu."

"5657 tu number apa? Aku tak dapat tangkap. 56 tahun lahir. 57?" 

"I fikir their ic number. Mungkin kebetulan. Ke i mixed up the numbers? Okay abaikan." Malu. Salah teka!


****

"Ayah number 5657 tu apa significantnya?" Abang tanya. Curious. 
Ayah diam, senyum sambil stir his daily cup of coffee. 
Abang puzzled. 

"You dengar tadi Charlie tanya I?" Ayah asked Mama. 
"I've been asking you this. Apa meaning dia?" Mama tanya, berkerut dahi. Dari dulu tanya, ayah tak pernah jawab. 
"Datang 56, pergi 57." He replied shortly. 


****

18th Dec 2013. The day that Ayah's 57th birthday got hijacked by Melor. Funny, cos they had to sing "happy birthday to MELOR!" as both ayah and Melor sitting infront of the birthday cake. Melor loves birthdays; even though it wasn't hers. 





Ayahku (part I)

"Kau tak rindu ayah ke, dik?" tanya Abang. Matanya beralih ke arahku dari televisyen. Pak cik tu sibuk memasak apa entah dalam televisyen tu. Menarik, tapi macam tak lah sedap sangat. 

"Rindu lah, of course. Tapi kan kita kena move on." Ayat penyedap hati. Dengan apa yang sedang berlaku ni, aku lebih rindu ayah. "Kesian kat mama je." Sambungku lagi. 

Abang mengangguk. "Mama lain. Kita kehilangan ayah tapi dia kehilangan cinta hati dia."

Lain, memang lain. Aku sebagai anak pun rasa kekosongan tu, tak tahu apa perasaan mama.

Dari jam 1 pagi hingga jam berapa ntah aku tak pasti; aku dan abang bercerita tentang ayah, tentang kehidupan, tentang agama, tentang masyarakat sekarang. Leka bersembang, tak hirau masa berjalan. Tiba-tiba kakak iparku turun tangga, muka separa sedar. Jam menunjukkan jam 4 pagi. Masa untuk sahur. 

"Tak tidur lagi ke?" tanya kakak, ringkas. 

"Belum lagi. Kitorang bercerita pasal ayah. Tu yang lama tu. Tapi kitorang tak nangis. Kan, adik?" Abang menjawab. 

Aku mengangguk. Sedih memang sedih. Tapi tanpa menitis air mata. Ada mungkin kata ego, ada kata hati keras. Hakikatnya, diri ini sedar air mata tu tidak   membawa apa manfaat buat ayah. 

-------

I decided to write memoirs of ayah. From the stories of the people around him. His love, his children, his family, his friends and neighbours. I feel inspired to do so since most of them tell me their story of ayah. Conversations are based on their stories, so expect some tokok tambah; but the feel is still there. 



sabar.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

"Patience is bitter but its fruit is sweet."
It's not easy to be patient.
It is super duper difficult.

Allah uji kita supaya kita lebih mampu bersabar dalam perkara yang lebih besar.
Kalaulah perkara kecil pun kita mudah melenting, macamana kita nak hadapi sesuatu yang lebih besar?

*hela nafas*

Kita ni hanyalah manusia biasa -- yang punya ego, perasaan masing-masing. Cuba kita fikir, sampai bila kita nak 'feed' ego kita? Sampai bila kita nak punya perasaan "Aku pun pandai marah, tahu?!" Sampai bila kita nak rasa "Asyik-asyik aku je yang kena" ataupun "Korang ni tak pernah nak faham situasi aku!" ataupun "Kenapa mesti aku?"

Sometimes Allah letak kita pada tempat yang kita sangatlah tak suka, bersama orang yang sangatlah menjengkelkan pada kita, supaya kita belajar untuk bersabar, belajar untuk toleransi, belajar untuk hidup dengan orang yang bermacam ragam. We are not living alone in this world, we are sharing the world with somebody else, so, takkan lah nak lagak seperti biarlah-ini-hidup-aku-sukati-aku-nak-buat-apa.

Indeed, patience is the key.

Sabar dengan karenah dan ragam orang lain, kerana orang lain juga mungkin sedang bersabar dengan kita. Benar, kita semua punya perasaan dan ego, tetapi tak semestinya kita mengikut perasaan tu. Cuba untuk fikir apakah dengan mengikut perasaan kita tu keadaan akan menjadi lebih baik atau sebaliknya?

Jangan bertindak melulu. Tahanlah mulut dari mengatakan sesuatu yang akan kamu sesali kemudian.