Most Viewed

tak layak..

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

bila mana ana duduk bersama akhowat qowiy belaka, ana rasa ana tak layak pun menjadi sebahagian muayyid. ana pernah bertanya kepada murabbiah ana, apakah ciri-ciri seorang muayyid? bagaimana seseorang itu ditas'id kepada muayyid? maka murabbiah ana pun bercerita ciri-ciri nya begitu dan begini; ana fikir, mungkin murabbiah ana fikir ana bertanya kerana ana ingin mentas'id adik usrah ana, tapi hakikatnya, ana ingin tahu adakah ana mencapai ciri-ciri tersebut.

ada satu-dua ciri ana tak lepas, kalau difikirkan. tapi mungkin juga KPI mereka lepaskan je ana dengan harapan ana akan settle dengan ciri yang tak lepas tu. tapi, selalu sangat terfikir yang ana memang tak layak untuk semua ni..

ada juga hari yang ana pujuk diri sendiri, guna kata-kata hikmah murabbiah, berusahalah untuk menjadi yang terpilih. somehow Allah dah pilih ana dalam jalan ni, walaupun ana tahu ana tak layak langsung, tapi just work things out and make it worth of His choice.

rasa malu dan segan, sebab diri ana sememangnya tak layak bersama jemaah ini. tapi ana sangat inginkan bersama mereka, merasai biah solehah itu. i may not be the pearl of the ummah, tapi murabbiah sekali lagi meyakinkan, ana adalah antara yang terbaik pada tempat ini dan waktu ini untuk melangsungkan dakwah.

ana tak sabar untuk melaungkan dakwah secara terang, tanpa perasaan bimbang jahiliyah serta perangai ana sendiri menjadi fitnah kepada dakwah.

sungguhlah benar, ujian orang lain-lain.

doakan ana tsabat, dan istiqamah dalam jalan ini.


-written in August 2015, posted in November 2015, as a birthday present to myself. :)
semoga amal bertambah dan ikhlas menuju redhaNya, wahai diri.

No comments: