In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.
...
.....
........
tidakku tahu mahu berkata apa. semalam waktu ku baca tentangnya, banyak pula di kepala. hari ni tiadaku peduli pula. mungkin semalam 'memanas' bilaku mula-mula baca berita tu.
senang cerita, inginku maklumkan, bukan senang ye nak graduate dari russia. dengan dugaan harian menghadapi orang tempatan di sini, dengan sistem pelajaran berbeza dengan di malaysia. ( russia menekankan bahawa mereka mengajar pelajar untuk ilmu, bukan untuk persediaan ke peperiksaan seperti di malaysia ) bagus, tidakku sangkalkan sedikit pun sistem ni. cumanya sudahku terbiasa dengan sistem di malaysia, itu saja.
yang mengkhabarkan bahawa universiti di russia buruk, kerana menerima sebarang sahaja pelajar, tidak menapis, inginku katakan, siapa juga menghantar pelajar ke sini? *agent la siapa lagi* buruk sungguh, kerana wang ringgit, kualiti diabaikan. ini memangku tidak setuju ya. siapa mahu dikaitkan dengan mereka ini? sadisnya.
juga inginku tekankan di sini, bukan senang untuk adaptasi ilmu di dalam otak dan aplikasikannya dalam realiti. itulah gunanya kami perlukan praktikal. dan bagaimana dengan nasib pelajar-pelajar yang tidak berpeluang untuk membuat praktikal di malaysia? praktikal di russia dan di malaysia sangat berbeza ya. tidak semua pelajar dapat sesuaikan diri dengan begitu sahaja.
apa-apa pun, ini hanyalah pendapatku seorang.
buruknya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
tidak pula kamu semua mahu memuji doktor pelatih yang bagus. yang buruk dicaci, yang bagus menyepi. hmm.
afwan jika ada terkasar bahasa.
:)
No comments:
Post a Comment