Most Viewed

kawan.

Ya Rabbi. Ampunilah segala-gala yang akan bakalku katakan ini. Aku hanya ingin memberi iktibar.

Salam.
Aku tak tau kenapa kalau aku tak suka seseorang kerana perangainya, aku takkan suka dia sampai bila-bila. Sifat ini haruslah dijauhi dan aku masih cuba membaiki keburukkan sifat ni pada diri aku.

Contohnya, aku dulu kawan lah dgn si A. Aku rasa dia ni ok jugak, time aku susah dia ada tolong dan kami berkawanlah. Bercerita dan sebagainya. Tapi ada satu incident yang sampai sekarang aku ingat, takde lah besar mana, tapi waktu tu aku beremosi dan aku mintak dia tolong satu favour. Aku mengaku aku terkasar bahasa dengan dia tapi aku (mungkin dengan ego tinggi) rasa waktu tu dia memang patut tolong sbb dia involved sekali dalam situasi tu. Tapi dia tak nak dan dia sibuk buat benda yang tak patut dibuat. Kalau betul dia ada benda penting, aku tak kisah. Mungkin bagi dia penting gila la tapi aku tengok benda tu tak penting langsung. SERIOUS. Aku fed-up dan aku ckp, kalau aku buat kerja tu, jangan harap aku nak kasi final result kat dia. Dia pun kata ok. Aku pun lagi lah bengang.

Since that day, A tak pernah tegur aku secara baik dan lama kelamaan tak tegur langsung. Aku pulak lepas incident tu aku memang tak suka lah perangai dia tapi aku takde la sampai tak nak tegur dia. Aku kalau boleh hari tu nak cakap sorry lagi tu. Tapi disebabkan mcm ni aku terus malas nak kawan dgn dia. Aku rasa dia tu buruk perangai. Dia kalau nampak aku, buat-buat tak nampak dan memang sakit hati gila.

Sampai sekarang kot mcm ni. Aku tgk dgn kawan2 aku lain dia okay je tapi dgn aku tak. Dia buat baik pun aku mcm "eeee, bla la". Aku tau aku tak patut buat mcm tu. Dan aku tak pasti perlu ke aku cakap sorry. Aku harap korang jangan buat apa yang aku buat. Baik buruk seseorang itu, kita tak patut isolate dia, tak patut tak kawan dia. Kawan, tapi jgn terpengaruh, itu je. Berdoa agar dia yang akan terpengaruh dengan kebaikan kita.

Aku rasa biar je la si A ni. Dia pun mesti annoyed dgn aku kan. Siapalah aku. Dia ada ramai kwn lagi. Aku just harap dia takde la tgk aku mcm strangers lah. Sesama muslim, takkan nak bermusuh kot?

Subhanakallahumma wabihamdika, ash hadualailahailla anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.

No comments: