Most Viewed

Cabaran Seorang Guru

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

Haritu borak dengan kawan aku, dia seorang cikgu sekolah rendah. 
Saja bukak topik budak jawab "sebab boleh" dalam kertas exam yang ada seorang cikgu ni share kat page dia. Basically dia jawab tu adalah satu tagline mamat mana ntah yang famous kat media sosial. So kawan aku ada share, anak murid dia jawab benda merepek jugak. 

Zaman sekarang nak jadi seorang cikgu sangat mencabar! Nak mengajar banyak topik nak kena cover, dengan silibus kementerian yang padat, satu kelas ratio 1 cikgu 30-40 murid yang bermacam-macam perangai. Nak kena bagi faham itu ini bukan senang ya (Nasib aku tak jadi cikgu, aku takde kesabaran) Tambah lagi dengan cabaran dengan kena jawab whatsapp parents tak kira waktu. Yikes!

Dia cerita (ni pengalaman dia sendiri, which aku rasa ramai boleh relate)
[Untuk konteks, dia ajar subjek BM di sekolah jenis kebangsaan cina]

Sorang parent ni whatsapp malam-malam, tanya, kenapa anak dia tak score exam. Sedangkan dah ada dua cikgu tusyen. Salah cikgu sekolah ke anak dia tak boleh perform? (anak dia takde la fail tapi markah bawah 60) 

Kau rasa senang ke nak ajar satu kelas 30+ budak below average? Ni tahun 3 pun ada tak kenal huruf. PARAH ok! Nak ajar laju2 tak dapat sebab bukan ramai yang faham, semua tahap below average. Jadi ajar slow-slow, asalkan dapat faham sikit pun takpe. Aku yang dengar ni macam, alahai kesiannya weh. Kau sebagai pengajar akan frust dulu bila tengok markah budak tak ok. Ingat mak bapak je frust? Cikgu lagi frust!

Budak ni pergi 2 tusyen (aku tak tahu parents dia bayar berapa) so by right, kau akan expect cikgu tusyen tu lagi perform la kan since kau dah bayar lebih. Tapi.. camtulah.

The best part : kadang-kadang homework sekolah budak tu, cikgu tusyen dia yang buatkan. Macamana tau? Cikgu sekolah kenal la tulisan nak murid dia camana. Ya Tuhan! Kau dibayar untuk mengajar budak tu, bukan untuk buatkan homework. Macamana budak tu nak tangkap / faham apa dia belajar? Apa motif buatkan homework ni aku tak leh brain! Bila kantoi keputusan exam tak ok - cikgu sekolah yang dipersoalkan?

LUCU lah dunia sekarang ni. 

Aku rasa parents kena mainkan peranan juga dalam pembelajaran anak-anak. Tak boleh harapkan cikgu / cikgu tusyen 100%. Tiba-tiba teringat mama ayah aku teman buat homework. Nama je teman tapi sebenarnya dorang pantau aku buat ke tak, lepas tu kalau tak siap, kena la bebel! Kita pun ada rasa tanggungjawab untuk habiskan kerja rumah tu sendiri. Kalau tak siap, hadap la esok kena marah dengan cikgu pulak!

Tapi sekarang ni cikgu takleh marah ye dok? Nanti mak ayah marah cikgu balik. Hihi

Bertabahlah para guru diluar sana! Tak mudah nak mendidik orang, especially anak orang lain yang bermacam-macam perangai dan pe'el. Dengan fitnah akhir zaman lagi.. Semoga segala usaha para guru diberikan balasan yang baik dari Tuhan dan moga tak putus asa mendidik generasi anak muda.

Untuk bukan guru : semoga kita jadi parents yang baik untuk anak-anak, take part dalam mendidik mereka. Budak-budak ni tak perlu SEMUA jadi bijak, score 100% atau score A tapi cukup sekadar faham benda yang asas dan beradab baik. 

Fitnah

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

It's safe to say it's been ages since my last post. To be fair, nobody is on blogger anymore. It's alright; I'm back here purely for my own satisfaction, rather than for anything else. I have always written things for myself as a form of therapy so I'm not expecting anyone else to be here. Plus, I dont think people read anymore...

But, if you are reading this, Hello and salamualaikum!

A LOT have been happening since I last blogged (obviously) but I rather not get into the details for now

Today, I wanna write about what has been boggling my mind; my fear of social media and the negative impact on society. Jap, let me switch up to more layman terms for easier rant and luahan hati.

Zaman sekarang ni, terlampau banyak fitnah.
Ok, kita definisikan apa itu fitnah;
Dalam konteks yang mudah, fitnah tu macam kau buat cerita tak betul pasal orang lain.
Tapi dalam definisi dewan bahasa pustaka:
Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang
Tapi perkataan asalnya dari bahasa arab, yang memberi maksud "ujian" atau "cubaan"

Sangatlah menakutkan ya, sekarang ni orang ramai post macam-macam di media sosial, tanpa kenal erti fitnah itu sendiri. Tak kisah berita betul ke tak, sebar dulu, janji dapat likes dan views. Janji FYP!

Weh, tak takut ke korang akan consequences yang mendatang? Di dunia satu hal, di akhirat macamana?

Paling benci kalau orang sebar pung pang pung pang fitnah, lepas kantoi share statement palsu, dia up je lah statement minta maaf. --- DAH HABIS CERITA!

Sedangkan maruah orang yang terlibat macamana? Anak beranak, keluarga dia macamana? Mana nak letak muka.. Benda dah viral! Satu Malaysia dah kecam berjemaah, dah kumpul dosa kecam kat bahagian komen. 

Mungkin sebab arus perdana media sosial terlampau laju, semua benda kita nak share pada media sosial. Share dulu, betul ke tak belakang cerita. Kita ketagih pada likes dan comments kot? 

Perang sosial media politik lagi la menakutkan. Yang ada gambar profile berkopiah, berserban, bertudung labuh pun syok menyebarkan fitnah, apatah lagi yang berpakaian biasa-biasa je. Sedih tengok masyarakat kita parah betul.

Bila mana aku terbaca / terlintas kat my fyp atau home page;
And I think to myself -- wujud ya orang begini? Boleh ya seseorang berwatakan begini? Sebelah tangan pegang ayat al-Quran, sebelah lagi pegang berita palsu/fitnah. 

Menakutkan!

Takyah la musuh Islam datang nak pecah belahkan kita; dia tepuk tangan je tengok kita gaduh sesama sendiri.

Ironically, all of this inspires me to betulkan diri dengan lebih baik, menjadi orang yang lebih baik dan jauhi dari perangai tak elok camtu. Kita nak share sesuatu, fikir 2-3 kali; perlu ke post? Ada kita harm sesiapa tak? Berita nak share ni sahih ke? Verify dulu la baru share. Haa gitu.

Kalau ada yang terbaca, moga check balik niat kita buat sesuatu. Berbalik pada fitrah kita. Pepatah kata "kerana mulut badan binasa" tapi kat social media bukan mulut directly la tapi tangan kita yang menaip itu ini. Hadis pun ada cakap "berkata baik ataupun diam". Janganlah kita gali lubang sendiri!

Semoga Allah jauhkan kita dari perangai yang buruk dan kurniakan kita hidayah untuk jadi yang lebih baik!

On a side note, I feel weird writing all of these in Malay but I think it's better lah kan. Lebih feeling gituh!