Most Viewed

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

yeah, dah masuk tahun kelima aku disentuh mak cik tarbiyah dan mak cik hidayah. sudah pun kononnya menjadi murabbiyah. tapi, adakah aku seorang murabbiyah?

yes, jalan dakwah dan tarbiyyah sangat panjang dan sangatlah payah. takkan ada adik mutarabbi yang senang trang-tang-tang gembira datang ke halaqah/usrah tanpa maslahatan diri. tapi recently aku asyik tanya diri, kenapa aku tak mampu menjadi seorang murabbiyah seperti mana murabbiyah itu ke atas aku?

aku rasa aku seorang murabbiyah yang gagal.
gagal memberikan semangat kepada mutarabbi.
gagal melaksanakan perintah Allah dengan istiqamah
gagal menyentuh hati mad'u di luar sana
gagal memberikan qudwah hasanah yang baik
gagal dalam pelajaran dunia
gagal juga dalam pelajaran akhirat, hadis dan hafazan dah ke mana..

aku cemburu dengan antunna yang bagaikan malaikat berjalan di bumi
yang mampu memikul tanggungjawab dakwah bagaikan mengangkat beg galas dan berlari ke sekolah
(ok, contoh yang sangat pelik)
yang mampu ikhlaskan hati hingga terpancar pada amal dan akhlaqnya.

aku rindukan biah solehah itu.
aku tahu aku lah yang perlu hidupkan hari-hari itu.
aku tahu aku lah yang perlu menggerakkan semua itu

tapi, ikhlas kah hatiku?

semua yangku lakukan -- inginkan 'likes' dan pujian semata kah?
tatkala beri nasihat
tatkala menulis status
tatkala memberi taujih

ikhlaskah daku?

kenapa senang sangat frust bila apa yang ku harapkan tidak menjadi?
kenapa senang down bila adik mula lari?
kenapa senang kecewa bila nasihat tak sampai ke hati?
kenapa rasa banyak kekurangan diri?

ikhlaskah daku?

ini ujian Allah.
Allah inginkan usahaku.
Allah rindu rintihanku
Allah mahu doaku
yang selalu menjagaku.

sia-sia amal tanpa ikhlas.
sia-sia ilmu tanpa amal.
sia-sia tak menuntut ilmu.

031214,
2:05AM

No comments: