Most Viewed

salahkah aku bercinta?

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

NOTE : aku tak rasa title relevant dengan post ni. just... random. hahahaha.

Soalan : Kenapa cerita / drama "Islamic" kat Malaysia selalunya kaitkan dengan cinta antara kaum Adam & kaum Hawa?

"Hanya Tuhan sahajalah yang tahu betapa aku rindunya dia.."

"Ya Allah, janganlah kau pisahkan aku dari dia. Aku terlalu mencintainya.."

"Alhamdullilah, aku dapat juga berjumpa dengannya setelah lama merindu.."

and PALING la favourite ve mire ayat ni! (ve mire = in the world)
"Jodoh kita di tangan Tuhan, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhanlah yang menentukannya.."
something like that lah. aku tak pandai nak buat ayat jiwang, ketahuilah bahawa aku tak pernah bercinta dan aku geli dengan ayat-ayat macam ni. dan aku sangatlah jarang tengok drama-drama macam ni. sangatlah allergi ye. *can pengsan oh!*

takkan la pasal cinta2 ni dah tak tau nak mintak kat sapa, kita mintak kat Allah. ok la, tak kata yang mintak kat Tuhan tu salah tapi kan, pasal benda lain terus alpa pada Tuhan, tak baguih na?

pastu jodoh di tangan tu. cannot go la dei! (tak boleh bla) sebab sebenarnya semuaaa la ditentukan Tuhan. bukan jodoh je ye. mati bila, makan cukup ke tak (rezeki) semuanya dah ditentukan.

ok. cukup!

macamana ntah boleh terpikiaq nak tulis pasal ni. oh ya, pasai lirik lagu Hujan - Walaupun Jauh la.
Siapa yang bertuah memiliki mu
Tuan empunya sang bidadari itu

Bolehkah aku menyentuh kulitmu itu
Agar ku bisa merasakan syurga seketika waktu

Tiada kata yang dapat ku lafaz kan untuk mu
Biarkan diriku terbang jauh
Ini bukan mimpi walau dalam tidurku ini
Biarkan aku mendekati mu - walaupun jauh

Namun kurasakan memang jauh
Jarak antara kita berdua Tuhan saja yang tahu
tolong lah ye. macam apa je aku baca lirik dia yang 2nd paragraph tu. terus menyesal pi download album dorang. haha nda bha. tapi seriously, perlu ke nak sentuh2 kulit ni. berkarya la pun tapi.. hahaha. ok. tetiba rasa aku macam haters pulak. *we got some haters in the club~~~*

ketahuilah bahawa relationship between non-muhrim, yakni ajnabi, ada batasannya. kalau dah tacing2 (touching) ni, haihlaaa, macamana? mula-mula ye la tacing2, pastu holding2 pastu.... hang pikiaq la sendiri.

just wanna let you know that, bila kita buat benda salah ada beberapa tahap. it applies on anything yang salah la.

tahap pertama ;
first time nih buat salah. tu dia! takut bukan main. tapi dah kena influence orang lain ataupun terasa nak buat salah kan, buat je la. lepas dah buat tu PUUUUUUNYA la rasa bersalah. nangis2 ke. rasa berdebar-debar pula.

tahap kedua ;
buat lagi. sebab dah pernah buat, rasa nak buat lagi. pastu rasa gak la bersalah tapi dah rilek. boleh gelak-gelak lagi sebab rasa cuak. he he *gelak cuak*

tahap ketiga ;
buat lagi benda yang sama. haih ok ja pun? takde pun rasa bersalah? laa apahal laaa selama ni rasa bersalah sangat? rilek la bro!

tahap keempat = chronic ;
WOOHOO bestnya! aku adalah orang yang bebas! (translation dari "I'm a free man!!") alriiiight, bro!

MY DEAR! *style orang russian* kalau dah namanya benda tu SALAH, how good you feel doing so but dia tetap salah. cuma korang je rasa okay. sebab layer ketebalan muka tu dah cukup baiiiiik sampai apa yang salah pun tak rasa salah.

kita TAHU benda tu salah, tapi still buat. sebab apa? dah takde dah rasa malu nak buat salah tu. muka tebal dah. ketahuilah takde product kat kedai boleh kasi nipis muka korang. hohoho

last but not least,
hampa pikiaq lah sendiri!


PS : sorry, banyak dah campur bahasa. utara selatan timur dan barat. malas nak tulis proper. xde mood.