Most Viewed

Day 12

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

Sampai sekarang, aku tak boleh nak betulkan diri lagi.

Don't know what's up, but this is it.

Tadabur hari ni ; (22:78)

78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong.

Masih lagi aku rasa sukar. Kalau betul aku amalkan apa yang patut, takkan terasa sikit pun kesukaran tu, kan?

Dan jihad, bukan hanya dengan pedang dan apa segala senjata yang ada.

Berjihad menegakkan kebenaran.

Berjihad melawan nafsu.

Jihadlah yang sebenar-benarnya. Insya Allah.



Ujian

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

Tak pernah terlintas akanku diduga sebegini.

Tak kira apa masalahnya sekali pun, aku hanya terkedu, kerana aku sedikit pun tak dapat nak kuatkan diri.

Ujian yang datang, tak pernah aku nak salahkanNya, kerana sesungguhnya susunan Dia itu sangat lah teratur, terperinci, dan ada hikmah di sebaliknya, for He knows what's best for us.

It's just I'm so stressed out with myself. Benda dah nak jadi, tak boleh nak buat apa melainkan melaluinya dengan sabar dan tabah, kan? Masalahnya I can't, and I'm being a baby to stressed out things that actually not so tough. Nak difikirkan, masalahnya tak besar mana pun, cuma bagai jatuh ditimpa tangga lah, and masa tu macam tak berapa nak mengizinkan, tu je. ITU sahaja. Dan aku tak dapat buat apa-apa dengan betul. Messed up sangat.
"La yukali fullahu nafsan illah wus'aha."
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Banyak kali aku cuba ingatkan ni pada diri sendiri. Ada tu hari tu siapa ntah cakap, kalau apa-apa pun ujian kita dapat, betapa susah atau senang, tarik nafas dan ucaplah 'alhamdulillah'.

Tapi tu lah, stress dengan diri. Diuji sikit terus merengek macam budak kecik.

Aku tahu aku ada tanda-tanda yang nak detour dari jalanNya, aku sendiri dapat rasakan futur tu sangat kuat, dan bila diuji dalam keadaan futur, inilah jadinya. Rasa tak senang je.

Solution dia senang je actually. Back to Quran; Back to Allah. Kalau ada hope & faith dalam diri, apa pun jadi, kita takkan goyah.

So. Let's start.