Most Viewed

masa.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

salam.

aku rasa aku kesuntukan masa.
nak beli barang, settlekan sijil, post barang.
aku tak sempat nak jumpa dengan kawan-kawan. kalau ada masa, jumpalah, iA.
sebab aku plan punyalah baik, hari ni buat ini dan itu, tapi akhirnya, rasa tak sempat juga. next wednesday dah mula puasa. which is really great, aku excited. :) dan sabtu depan ni aku menghilang seketika, harap maklum.


there's one thing that always lingers in my mind. sifat aku yang suka judge orang. aku rasa aku terlalu judgemental. aku cuba suppress perasaan ni tapi dia tetapi terlintas dalam kepala. aku rasa the root of the problem is hati aku. kalau hati aku tak judgemental, takde lah dia sampai kat otak aku kan? haih. moga-moga aku dapat suppress perasaan ni dengan jayanya.


sekarang tengah tengok cerita tv3. cerekarama tu. crap juga la in sense of lifestyle modern, datin-datin konon. ada sugar mummy and all. tapi acceptable sebab dia nak tunjuk keburukan berbomoh-pawang ni. jadi aku layan. kalau cerita macam akarasia, hotel mania, ntah apa-apa title dia, wasalam lah okay. banyak cerita merepek. ikutkan style barat sangat. hish. buruk betul.

sayang.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

nak share satu cebisan daripada satu cerita yang aku dapat dari blog akhwat. cukup menarik.

---------------

Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak,
"Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab,
"dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."
Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?"
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.."
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. "
mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas,
"Tak faham.."
Mak menyambung
"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah, Siapakah jodohnya itu?"
mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya."
emak berhenti seketika..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

---------------

renung-renungkanlah.

grateful.


remember to thank God for every breath you take.
every seconds, minutes, hours, days of your life.
your life is precious, don't waste it away with something insignificant.

khamis.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

hari khamis yang penuh dengan aktiviti.

mula-mula pergi rehlah dekat shah alam with the sisters. aku lewat sejam, dari KL ke shah alam, took me an hour to reach. one hour! adoi. met mar, nad, nurul, azlin, farah, mun, farahin, ika and han. had a good time with them. :) iA we'll meet again next week. aku seriously excited. hehehehehe. tapi down sikit, sebab eli tak jadi pergi. haih. takpe. it's like what i've told her : next camp kau kena pergi, aku tak kira! hahaha.

lepas rehlah and said goodbyes, gerak ke taman sea, pick up dana and sasa. pergi mid valley untuk memburu kasut itu. lepas sejam baru sampai mid valley sebab berpusing-pusing cari parking. adoi. banyak gila kereta...

mencari-cari, jumpa kedainya. nampak kasut tu on display. terus laju je jalan masuk.
"boleh mintak kasut ni size 8?"
"8? lelaki ke perempuan?"
"err, perempuan?"
"hm? 8? kasut ni size berapa?" *tunjuk kasut yang aku pakai waktu tu. converse dark blue, 8*
"8.."
"hah? 8? tengok tapak"
*tunjuk tapak*
"ok"
*lelaki sales assistant tu pun mencari*
"takde la."
"hmm, boleh ambik yang display ni?"
"display tu size 7.."
"tak, dia size 8"
"oh? boleh."
try lah the kasut. mula2 ingatkan dia besar. tapi actually sama je. it looks big cos the lace is tied differently. mana la tau ada 8 lelaki 8 perempuan. sexist la pulak converse ni. then terus nak beli. tak kisah dah. lepas bayar and all, muka pun jadi macam ni >> :))

maka, aku pun gembira. pergi bangsar kejap, dana ambik cake untuk mahesh then singgah tempat man kit, lepas tu pergi makan kat ara damansara. later on, teri and haris joined us. before they came, dana said "they're coming. act natural." i gasped. lol. saje je la.

pergi watson, beli ubat. sakit perut, HCl dah berkeledak dalam perut sebab lewat makan lunch. bayangkanlah, lunch at 4.30pm. niiice. -.- pergi bank, hantar dana balik, hantar sasa balik, stop kat al-hidayah, balik puchong.

PENAT. penat drive satu hari. walaupun ada masanya dana drive. adoi. nasib kereta auto. manual nanti ntah camana. dah dengan traffic jammed semua. adoi.

terlalu penat hinggakan aku tidur lebih daripada 10 jam. tak terbangun sahur dan subuh. :/ ni melampau sangat! geram dengan diri sendiri. :S

Pagi Yang Masih Gelap.

In The Name Of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

I can't get the lines from the novel out of my head. Why do this novel gets to me so much? Not exact lines lah but the meaning and all.

"Who am I to you?"
"Who says there's nothing more complicated than E=mc²? It's called emotions."

Amie asked me to read all hlovate's novel. Best ke Amie? Gayanya macam best, tapi saya malas ohh bab-bab membaca ni. Serious...

I blame this novel for the tinnie tiny lovey dovey I'm feeling now. MUSHY. ew. =.=" Haha. Pernah I posted about what I wanted of love. *mencari entry lama* here it is! aku ada baca entri-entri Fynn Jamal dan buat statement berani macam tu. Little did I know she read that post. *maluuuu* I don't know why but when you're married, and you bercinta macam unmarried couple zaman sekarang = SWEET. :) Macam Fynn, macam Addin dalam novel. Aaaa. Comel gila ! Saya mahu macam tu? Kidding! Ha ha ha ha ha. Stop berangan lah. HEHEHE.

Semalam tengok Inception with gang wednesday. We broke the rules. We went out on Monday! Hahaha. Went to Pyramid, upon my request, semata-mata nak check out Converse Pyramid. Hehe. They had lunch kat Shihlin, we catch up on things. Inception, gempak la. I really like the movie. I'm starting to like C.Nolan's movies. :D The actors ramai famous juga. Ada J. Gordon-Levitt, tu penting. And C. Murphy. My favourite villain. Tapi dalam movie ni dia adalah mangsa. Haha. And Ellen Page! My Junebug :D And ada cameo by my favourite British actress, Talulah Riley. Ohsem line up. Not gonna write spoilers for the movie. Don't worry. :)

C. Murphy's eyes. Blue eyes. Why and why do I like blue eyed guys? Macam S. Knight. Gojes ais. :D Ok, did some digging on C. Murphy, aparrently he does not like the fame and all. He never reveal his private life with the press and never have interviews unless it's about his movie. Family man lah ni. Haha. He's part Irish. Lagi aaa suka. IRISH!

Athirah said J. Gordon-Levitt looked more manly in this movie. Yeap, he looked good. Smart.

After movies, went to Carl's Junior upon my request juga. HEHE, thank you kawans. ;) Chilli cheese fries + Chilli jumbo dog + Iced lemon tea = kenyang gila. Alhamdulillah~

Oh yea, TGV Pyramid macam apa je. Student price also RM9. Kepala paip betul. Mahal gila. Sunday GSC pun RM9. Apahal mahal sangat ni aku pun tak paham.

Saya dah takde duit. Sedih. Nak pegi MidValley! Nak check out Converse sana pulak. Siapa nak teman ni? Semua ada class, gang wednesday je lah free. Mari mari? :P Thursday ni iA ada rehlah. Macam excited tapi segan sikit. Hehehe.

Ada orang tu "marah" sebab schedule aku agak compact. Especially in August. Hey, apa kes? Ada plan masa cuti pun bising. :p